Jadi juga projek buat london almond cookies ni. hehehe..
Saya ajak kawan, emma buat bersama.. ramai, cepat sikit siapnya..
Anak-anakpun sibuklah nak menguli sama, termasuklah si kecik comel Azmina tu..
Ada tau cookies yang dia buat sebiji.. hahaha.. kecik comel.. takde badam..
Uli-uli kuih ni aktiviti homeschool juga.. meningkatkan development moto halus gitu..
Tapi disebabkan Afiah ada kawan nak bermain, sekejap sekejap jer dia datang buat.. Sekejap lagi dia berlari bermain..
Jadi, setiap kali dia nak buat kena cuci tangan bersih-bersih dan lap kering-kering.
Masa adunan pertama, saya tak perasan yang rupanya saya menggunakan tepung naik sendiri.
Emma dah tegur masa tu. Tapi saya konfiden saya beli top flour.
Bila dibakar,
Eh eh.. kenapa gemuk-gemuk cookies ni?
Naik sendiri 2 kali ganda ler.. sampai tak muat cup.. Tapi tetap sedap.. hehehe..
Taa daa.. 2 adunan.. dapatlah 6 balang.
Bahagi 2 orang, sorang dapat 3 balang. Kosnya, baru dalam RM70 sahaja. Kalau dibeli?
Dan lagi penting, anak-anak suka.
Tengok tupperware ni, dalam masa sehari jer, dari penuh dah tinggal tak sampai 10 biji.
Kena bukak balang kedua nampaknya.
Memang mommy kena buat 2nd round ni.
OK juga tu, sebab coklatnya agak cair. Saya ada terlupa letak sesuatu. Lepas di google, cadangannya letak cocoa fat. Cocoa fat dengan cocoa butter tu sama tak ya?
Apapun, projek almond london ni next week buat satu round lagi. Minggu ni nak buat Famous Amer Chocolate Chip Cookies pulak..