Saya mula weight training secara serius bulan 5 tempoh hari. Selepas jer mula wt, saya alami carpal tunnel syndrome. Pelik juga..
Adakah kerana wt? Saya ajukan kepada coach.. Tapi tak pula rasanya begitu.
Saya memang kena cts semasa mengandungkan Afiah, 4 ke 5 bulan waktu tu, dan waktu mengandungkan Azmina, 3 ke 4 bulan.
Beberapa bulan selepas bersalin, cts hilang.
Badan pula rasa letih, saya rasa mual dan loya-loya. Tapi mual loya2 saya tu taklah teruk sangat.
Selera makan sama jer. Jarang sekali saya tak lalu makan.. Hahaha..
Kemudian, berat tak mahu turun. Bukan setakat tak turun, naik pulak tu.. arghhhh..
Saya rasa makan dah kontrol baik dah.. Perut pula buncit, kembung dan yang sewaktu dengannya.
Badan rasa letih, macam nak tidur jer..
Kemuncaknya, saya rasa tak cukup nafas bila naik ke kelas di tingkat 4.
Semenjak saya exercise 2 tahun yang lalu, saya takde masalah tak cukup nafas ni.. hehehe..
Belakang sakit.. hidung kerap tersumbat.. macam resdung tapi saya tahu bukan resdung..
Jeng jeng jeng…
Semalam, kak Faridah tegur saya.. demam ke?
Entahlah kak.. demam ke ataupun saya rasa saya ni macam mengandung. Tapi saya tak cek lagi…
Pagi ni, saya fikir.. what the heck.. check jerlah..
Mengandung atau tidak, tidak akan mengecewakan saya kan..
Jika saya mengandung, alhamdulillah.. tahu awal, dan boleh cek awal.. tahu jerlah saya ni high risk pregnancy..
Jika tak mengandung, maka akan periodlah saya yang dah terlewat 16 hari ni.. hehehe..
Mamai-mamai buat pregnancy test pagi tadi.. sampai tersilap letak air kencing..
Tengok-tengok pulak, alamak pregnancy kit tu dah expired 31.12.2015 lak.. aduhaii..
Takpelah, cuba jer sekali lagi..
Tengok line pertama keluar.. hmmm.. ok..
Eh, line kat T lahh.. T tu test.. C tu control..
Sat lagi double line.. aiyooooo..
Pregnant wehhh..
Unplanned, but wanted..
Saya memang harap nak mengandung lagi.. cuma bukan sekarang.. hehehe..
Tapi Allah dah bagi rezeki awal kan..
Maka saya dan suami bersyukur dan redha dengan kurniaannya..
InsyaAllah, esok kami akan cek dengan Dr Tokha, macam biasalah.. OB-gyn favourite saya.. sebab dia memudahkan urusan saya..
Semoga segalanya dalam keadaan baik-baik sahaja..
Aamin..