Quantcast
Channel: Cikgu Azleen
Viewing all 421 articles
Browse latest View live

BREAST ABSCESS: WHY ME?

$
0
0

Hmmm.. Ramai (lebih dari seorang) yang surprised bila saya kata saya kena breast abscess.

Sebabnya saya breastfeed actively dan mereka considered saya expert in breastfeeding.

Breast abscess boleh berlaku kepada sesiapa, even orang yang x breastfeed anak.

Bagaimana saya boleh terlepas pandang plugged duct itu sehingga menjadi breast abscess?

Kecuaian.

Saya sedar ada lump. Tapi lump itu berada di bawah breast, dihujung bulatan breast.

Di situ memang lump kerap datang dan pergi.

Dia muncul beberapa hari dan hilang beberapa bulan.

Bila ia muncul bulan puasa, saya ignored.

1 kerana ia kerap hilang sendiri tanpa saya perlu buat apa2 sebelum sebelum ini.

2 kerana saya tidak fikir langsung ianya clogged duct.

3 kerana saya busy dengan urusan harian, ianya tidak sakit jadi buat apa risau.

Malangnya kali ini ianya semakin membesar.

Mula sakit apabila saya memakai bra.

Tetapi tidak cukup menyakitkan untuk saya berjumpa doktor.

Hari raya ianya semakin sakit dan semakin besar.

Azmina pula mula mengasah gusi kat nipple sebab nak tumbuh gigi.

Berlaku cracked nipple. Bakteria masuk. Jumpa makanan – clogged duct.

Bila saya jumpa doktor, infection sudah berlaku dengan teruk.

So antibiotik tidak lagi berkesan.

Ia sudah bertukar menjadi nanah.

Ringkasnya breast abscess apabila ruang dlm breast dipenuhi nanah.

Ada orang yang giler sanggup menahan sakit berbulan-bulan dan nanahnya mungkin sudah sebesar buah epal.

Saya punya sebesar 50 sen gitu..

Nanti saya share lagi ya.


BREAST ABSCESS: THE TREATMENT

$
0
0

Saya googled.

Jika alami breast abscess, org pertama kita perlu jumpa adalah ob-gyn.

So, saya jumpa all time fav ob-gyn, dr thokha.

Sebaik sahaja doktor tengok dan cek, dia geleng kepala dan kata “This is not good!”.

O-ohhh..

Saya googled.

Ada dua cara yang biasa dilakukan.

1. Sedut keluar nanah menggunakan syringe. Cara ni lebih selamat untuk milk duct tetapi sesuai untuk nanah yang sedikit. Kebarangkalian untuk nanah itu kembali membiak juga tinggi.

2. Incision & drainage. Dipotong sedikit dan dikeringkan nanahnya.

Saya tanya doktor jika boleh disedut sahaja.

Saya tak tahu samada doktor memberi jawapan kerana yang kedua tu dah tentulah lebih mahal cajnya.

Tapi saya percaya doktor memberi jawapan berdasarkan apa pilihan terbaik untuk pesakitnya ketika itu. Dan saya percayakan doktor untuk merawat saya.

Doktor nasihatkan untuk buat i&d.

Potongan sepanjang nanah dibuat. Nanah dikeluarkan. Ubat dimasukkan ke dalam ruang kosong itu dan dibiarkan 24 jam.

Selepas yakin yang infection telah tiada barulah potongan itu akan dijahit.

4 ke 5 hari baru saya boleh pulang ke rumah.

Ubat berhenti susu akan diberikan bagi memberi peluang luka kering lebih cepat dan mengelakkan infection berulang.

Alhamdulillah, saya telahpun menjalani i&d semalam.

Sekejap sahaja.

Saya masuk ke ot pukul 9.35 pagi dan saya sedar saya sudah berada di luar pada pukul 10.15 pagi.

Hari yang sama. 😆

Nanti saya sambung lagi ya…

BREAST ABSCESS: KEEP PUMPING/ EXPRESSING

$
0
0

image

Fuhhh.. Saya gembira saya membawa pam ke hospital.

Walaupun doktor kata dia akan berikan ubat untuk suppress susu, sehingga sekarang ia masih belum diberikan.

Jadi saya just keep pumping and expressing.

Bukan untuk membuat stok atau mencukupkan supply..

Sekadar untuk mengelakkan engorgement kerana jika berlaku engorgement dah tentu keadaan lebih parah.

Saya mengepam kali pertama selepas i&d sebaik sahaja saya mampu berdiri dan berfikir dengan stabil – means pengaruh ubat bius tu dah berkurangan.

Saya pam dan simpan dulu susu tu.

Kemudian saya diberikan ubat tahan sakit yang kuat. Dalam masa seminit ubat tu diberikan memang terus kena baring dan tutup mata. Dunia berpusing-pusing…

Nama ubatnya pethadine.

Asalnya saya risau juga boleh ke susu tu Azmina minum. Saya kena ubat tu pun dah pening2 camtu.

Jadi saya rujuk dengan Dr Ning, Lactation Consultant yang memberikan saya info berikut:

image

Maksudnya OK untuk Azmina yang berusia 6 ke 12 bulan.

Alhamdulillah.

Malam semalam dah buat proses cuci luka kali pertama.

Alhamdulillah susu tidak mengganggu proses pemulihan. Jadi doktor belum perlu memberikan ubat suppress susu kepada saya.

InsyaAllah, saya akan dapat kembali menyusukan Azmina.

Cuma saya harap selepas hampir 4 ke 5 hari tak dapat direct feeding ni janganlah Azmina refused menyusu pulak.

Haaa.. jika itu berlaku, another challenges tu nak kena harungi..

Semoga dipermudahkanNya.

BREAST ABSCESS: THE SEPARATION

$
0
0

Hampir 72 jam berpisah dengan Azmina, rindunya hati mommy tak usah terkata.

Oleh kerana saya akan berada di hospital sekurang-kurangnya 2 hari lagi, saya minta suami bawakan Azmina ke hospital hari ini.

Lamanya menunggu Azmina sampai.

image

Sebaik sampai, matanya memandang saya seperti tidak kenal.

Dia memeluk suami yang mendukungnya dengan kuat seakan tak mahu dilepaskan.

Apabila diletak di pangkuan saya, Azmina menolak saya dan menangis minta suami mengangkatnya kembali.

Aduhai.. baru 3 hari tidak berjumpa.

Bagaimana jika ditinggalkan seminggu atau sebulan?

Tak dapat saya bayangkan..

Hampir 10 minit memujuk dan memeluk Azmina yang meronta tidak mahukan saya.

Akhirnya guna senjata rahsia terhebat seorang ibu –> ♡♡♡ breastfeed!

Mulanya dia menolak tetapi masakan tidak mahu bertemu teman baik sejak lahirkan?!

Barulah dia bersedia menerima saya – mommy.

Tak pasti saya samada reaksinya yang menolak saya tadi disebabkan oleh

– tidak kenal @ sudah lupa

– tanda protes kerana saya meninggalkannya terlalu lama

Apapun, saya dapat juga 2 sesi penuh menyusukan Azmina.

Walaupun dia kerap membuat aksi akrobatik yang menekan kawasan wound operation dan juga hampir menarik iv saya.

Sabar sabar.. walau sakit tiada apa menghalang kasih ibu kan.. 😇

2 jam dapat bermesra dan Azmina perlu dihantar pulang.. huhu.. 😂:'(😂

Harap mommy dapat pulang ke rumah dengan segera dalam keadaan sihat.

Aaminnn..

BREAST ABSCESS: THE STICTHES

$
0
0

Alhamdullilah.. semalam selesai jalani pembedahan kedua..

Ya, breast abscess kena bedah dua kali.

Kali pertama untuk membuang nanah.

Luka tersebut dibiarkan terbuka untuk memberi ruang kawasan tersebut kering dan bebas jangkitan.

Dressing dibuat setiap hari.

Masa kali pertama dressing saja yang sakit sungguh.

Walaupun saya diberi ubat tahan sakit yang sangat kuat, pethadine, saya masih boleh rasakan kesakitannya waktu gauge berubat ditarik keluar dari lubang, kemudian luka dibersihkan, ubat dititiskan, gauge berubat baru diletakkan dalam lubang semula barulah luka ditutup dengan gauge lagi.

Kali kedua dressing tak diberi sebarang ubat tahan sakit.

Tapi kurang sakitnya berbanding kali pertama.

Hari ketiga, alhamdulillah tiada infection semula dan luka sembuh dengan progress yang baik, barulah masuk semula ke ot untuk jahitan.

Jahitan dibuat dengan benang yang tidak dissolved sendiri.

Lepas seminggu nanti baru kena buka jahitan.

Panjang jahitan saya anggarkan lebih kurang 5cm kot berdasarkan pelekat anti air yang ditampal.

Yeahhh.. dah boleh mandi..

Tak sabar nak syampu rambut.. hihi.. kusut masai dah rasa diri..

InsyaAllah, boleh balik hari ni..

image

Nanti saya akan share lagi pasal bf semasa alami breast abscess ni ya.

BREAST ABSCESS: THE BREASTFEEDING MANAGEMENT

$
0
0

Huishhh.. lama betul diorang nak proses discaj saya ni.. naik beku dah kat sini..

Bila kena breast abscess, doktor (kedua-dua doktor yang uruskan kes saya – doktor Thokha dan Dr Wan Adnan) mereka sependapat yang

1. Mereka perlu berikan saya ubat suppress susu kerana khuatir penghasilan susu semasa proses penyembuhan akan mengganggu/ melewatkan proses penyembuhan

2. Saya mungkin tidak dapat menyambung breastfeed anak yang sekarang kerana mereka hanya pernah suppress susu tetapi belum pernah patient mereka berjaya bf kembali selepas susu suppress.

3. Saya masih boleh bf untuk anak yang berikutnya.

Saya tidak membangkang apa pun pendapat mereka.

Saya percaya kedua2 doktor itu memikirkan yang terbaik untuk kesihatan saya.

Tetapi dalam masa yang sama saya juga mencari sumber nasihat alternatif.

Saya menghubungi Dr Ning Desiyanti yang juga merupakan ICBLC, lactation consultant untuk mendapatkan pendapatnya.

Hasil dari pendapat dan perbincangan berasingan saya dengan ketiga-tiga doktir tersebut (sila maklum yang Dr Ning tidak melihat keadaan fizikal saya, kami berhubung melalui Whatsapps), saya membuat keputusan:

1. Saya cuba memperlahankan penghasilan susu secara natural supaya saya tidak perlu menerima ubat suppress susu.

2. Memastikan luka abscess pulih dengan segera.

3. Selepas pulih barulah saya akan increase penghasilan susu semula.

Alhamdulillah, setakat ini progress berlaku seperti rancangan.

Doktor tidak berikan ubat suppress susu kerana penghasilan susu yang perlahan tidak mengganggu proses penyembuhan luka abscess.

In fact saya rasa kandungan anti bakteria dalam susu ibu sendiri banyak membantu proses healing luka tersebut.

Sejak dari hari operation pertama saya mengepam setiap 5 ke 6 jam sekali, 10 minit setiap sesi.

Susu dihasilkan untuk kedua-dua breast hanyalah 0.5 ke 1 oz sahaja.

Hari ini selepas operation kedua, saya mula mengepam setiap 4 jam dengan 15 minit setiap sesi.

Alhamdulillah baru masuk sesi ketiga, penghasilan susu sudah meningkat ke 2 oz untuk kedua-dua breast.

InsyaAllah, saya harap sebelum saya naik sekolah semula (dapat mc 1 minggu lagi), penghasilan susu dapat memenuhi keperluan Azmina dan bolehlah saya hentikan fresh cow milk tu utk dia.

Aaminnn..

Nanti saya share lagi ya..

image

JK1M5: Cabaran Bermula

$
0
0

Ini adalah kali ketiga saya menyertai JK1M.

Musim ketiga saya menyertainya pada hari ke 43 selepas melahirkan Azmina.

Berani huh?! Saya mesti sangat gila masa itu. Atau terdesak.

Ya, lebih kepada terdesak kerana trauma dengan pengalaman bersalin Azmina.

Musim itu saya hilang 4kg.

Musim ke empat saya sertai lagi. Kali ini saya hilang 6kg.

Dan ini musim ke lima.

Kali ini saya berhasrat ingin menang, peringkat kawasan dan berjaya ke top 50 peringkat kebangsaan.

image

Bersedia untuk kick off esok pagi.

Misi saya adalah hilang 20kg dalam 6 minggu cabaran jk1m5 ini.

Pelannya adalah pengambilan kalori 1400 sehari.

Sauna 5 ke 6 kali seminggu.

Jogging 5 ke 6 kali seminggu – pagi dan petang, 30 ke 45 minit setiap kali.

Caiyok caiyok..

Sudahkah anda bersedia?

Kick off Cabaran Jom Kurus Musim 5

$
0
0

Alhamdulillah. Semalam kick off cabaran jom kurus musim ke 5. Ini merupakan kali ketiga saya menyertai cabaran ini.

image

Berat permulaan: 95.8 (timbang rumah), 95.5 (timbang coach)

Misi saya: hilangkan 20kg dalam 6 minggu.

Game plan saya:

1. Tiada garam dalam makanan. Ini juga bermakna saya tidak boleh makan semua jenis makanan yang telah diproses termasuklah roti. Semua makanan saya dimasak sendiri menggunakan bahan2 natural.

2. Minum air kosong. Untuk setiap 25kg berat badan, saya minum 1 liter. Jadi untuk berat 95kg, saya minum 4 liter air.

3. Sauna. Saya merancang melakukan sauna 5 ke 6 kali sehari. Setiap hari selepas maghrib saya akan ke tg puteri resort untuk melakukan sauna. 20 minit sauna. Short cold shower. Sauna 20 minit lagi.

4. Pengambilan kalori harian saya adalah sekitar 1400 kcal. Kalau ikut kiraan saya perlukan 1600. Ikut mesin timbang 1500. Tapi saya target ambil 1400 sahaja dan cuma akan tambah mengikut keperluan exercise yang dilakukan.

5. Tiada gula, kurang minyak. Panggang, kukus, rebus, bakar.

InsyaAllah. Saya harap akan dapat mencapai misi saya ini.

Berikan sokongan ya!


Summary Jom Kurus 1 Malaysia Musim 5

$
0
0

Definitely felt like a winner..

cuma hadiah kena beli sendiri.. hihi.. takde hadiah ‪#‎jk1m5‬

45 hari
Total loss: 6.3 kg😈
Total fat loss: 5.2% 😱
Total muscle gain: 1.1% 💪💪💪

Antara perkara yang menggembirakan saya adalah saya boleh muat pakaian FREE SIZE.

Selama ni kalau pergi kedai, salesgirl cakap free size, memang kena lah – dik, free size tu means NO SIZE FOR ME.

So, perjalanan masih jauh.. ‪#‎misi20kg‬ akan diteruskan..

Thanks to all family and friends yang menyokong..

Especially my dearest husbIsmail Bin YahyaYahya and my dearest two daughters, yang asyik kena tinggal sbb mommy pergi gym..

Lepas ni kurang sikit pergi gym, dari 7 malam seminggu ke 5 malam jer.. 😅

Mommy sihat, famili ceria – tagline.. 😁

JK1M5

JK1M5

FAT TO FIT

FAT TO FIT

WHEN AFIAH GROW UP…

$
0
0

“Mommy, nanti bila adik dah besar, kakak get sick and die?”

“Why?”

“Memammm aar.. macam nanti when i grow up, you and abah will get sick and die..”

“Ooo mommy get sick and die?”

“Yes.. like atok abah.. when you grow up, he is dead.. so you and abah will be dead when i grow up”.

“Hokeyyy.. kakak jaga mommy tak kalau mommy sakit nanti?”

“Boleh.. kakak jaga.. but when you are dead, kakak tak boleh jagalah..”

“Kenapa?”

“Sebab kan mommy masuk dalam tanah.. macamana kakak nak jaga?”.

😅😂😢😨

Insaf dengan perbualan ini…

NAK JOIN GROUP EAT CLEAN?

$
0
0

12241275_10206858674037964_3479841683941767473_n

Selalunya, pencuri impian ni adalah orang yang paling dekat ngan kita..

These few days Afiah asyik cakap tak bagi mommy kurus..

She kepts asking why i wanna lose fat.

She said I am just beautiful as I am now * so sweet darling!

When i asked why she didnt want me to lose fat,

She replied, she is afraid that i will be different.

Is that good different or bad different?

She said bad because she may not be able to recognize me..

Hahaha.. darling, i am still your mother no matter how I look.. it just physical appearance differences..

Jangan biarkan impian anda dicuri..

P.s.: Ada yang nak join group eat clean? Starting Jan 2016. Please leave your email in the comment.

Kakak Jadi Role Model

$
0
0

Apa kakak buat, semua adik ikut.

image

Dua Beradik Berbeza Perangai

$
0
0

image

Yang sulung susah betul nak suruh mandi..

Nanti lah.. tunggulah..

Macam-macam helahnya..

Yang no dua, sebut jer mandi.. terus bergegas ke tandas..

Sehari sampai 4 ke 5 kali mandi..

Tapi..

Yang sulung nak basuh berak sendiri pun tak nak..

Geli katanya nanti ada tahi melekat di jari..

Hahaha.. menangis macam kena rotan bila basuh berak ada tahi di jari..

Yang no dua pulak, boleh dikorek diapersnya bila berak..

Pastu taste masuk mulut..

Huwarghhhh..

Menjerit mommy nampak.. terus lekas angkat ke toilet untuk dibersihkan..

Isk isk isk..

My Little Supergirl

$
0
0

image

Yang sorang dah pandai pakai lipstick sendiri – she is 4 yo..

Yang sorang lagi suka sangat pakai panty kakak kat luar seluar..

Macam superman kan..

Mulakan Tahun Baru 2016

$
0
0

image

Back in school.. back to my desk..

Adakah ini tahun terakhir saya berada di meja ini?

Semoga perancangan tahun ini menjadi sebaik-baiknya..

Azam tahun ini:

1. Peribadi – menjadi lebih cergas, lebih curvy, nak lari 5k, nak percentage lemak 25%, nak hilang 10kg lemak…

2. Keluarga – sihat dan cergas.. 80% masak di rumah..

3. Homeschool Afiah dengan serius tahun ini. Afiah boleh baca buku 8 dalam bm dan bi. Afiah boleh buat operasi asas tambah dan tolak sehingga 2 digit. Afiah boleh tulis cerita pendek.

4. Bisnes – tahun ini saya nak fokus kepada ebook. Saya nak tulis, terbit dan jual 2 ebook pada tahun ini.

5. Nak bercuti ke… naik kapal terbang.. hahaha.. nak bawa Afiah dan azmina..

Itu yang dapat difikirkan setakat ini.. nanti mungkin tambah lagi..


Abah Kena Kawin Stepmother..

$
0
0

image

Salah satu milestones kanak2 5 tahun adalah melukis orang.

Jadi sajalah saya nak ngetest Afiah.

Suruh dia lukis orang.

Mula2 dia lukis dirinya sendiri sebagai princess.

Lengkap dengan mata, hidung, mulut, telinga, kaki, tangan dan badan.

Kemudian dia lukis abah.

Bila sampai kat mulut dia buat u terbalik.

Katanya abah sad.

Sebab mommy tak ada katanya.

Jadi abah kena kawin dengan stepmother..

😂 whatttt?!!!!

Stepmother wicked and evil tau Afiah.. hahaha..

Sorry friends friends yg jadi stepmother.. hihi..

Semak Developmental Checklist Anak

$
0
0

image

Tahun ni formal sikit 😅

Isi borang.

Lepas dah tanda senarai semak ni, bolehlah kita plan aktiviti untuk hs Afiah.

Qtips Painting

Chinese Zodiac Animal File Folder Game

$
0
0

1st time buat ni..

Puas lah fikir apakah itu file folder game..

Nasib lah ada pak cik google kan..

Google jer..

Tema minggu ini adalah chinese new year.

Afiah ajak pergi china.. kena naik aeroplane katanya.. pastu pakai baju yang tangan masuk dalam lengan – macam princess china 😆

image

image

Chinese Zodiac Animal Anagram Challeng

Viewing all 421 articles
Browse latest View live