Quantcast
Channel: Cikgu Azleen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 429

Kick off Cabaran Jom Kurus Musim 5

$
0
0

Alhamdulillah. Semalam kick off cabaran jom kurus musim ke 5. Ini merupakan kali ketiga saya menyertai cabaran ini.

image

Berat permulaan: 95.8 (timbang rumah), 95.5 (timbang coach)

Misi saya: hilangkan 20kg dalam 6 minggu.

Game plan saya:

1. Tiada garam dalam makanan. Ini juga bermakna saya tidak boleh makan semua jenis makanan yang telah diproses termasuklah roti. Semua makanan saya dimasak sendiri menggunakan bahan2 natural.

2. Minum air kosong. Untuk setiap 25kg berat badan, saya minum 1 liter. Jadi untuk berat 95kg, saya minum 4 liter air.

3. Sauna. Saya merancang melakukan sauna 5 ke 6 kali sehari. Setiap hari selepas maghrib saya akan ke tg puteri resort untuk melakukan sauna. 20 minit sauna. Short cold shower. Sauna 20 minit lagi.

4. Pengambilan kalori harian saya adalah sekitar 1400 kcal. Kalau ikut kiraan saya perlukan 1600. Ikut mesin timbang 1500. Tapi saya target ambil 1400 sahaja dan cuma akan tambah mengikut keperluan exercise yang dilakukan.

5. Tiada gula, kurang minyak. Panggang, kukus, rebus, bakar.

InsyaAllah. Saya harap akan dapat mencapai misi saya ini.

Berikan sokongan ya!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 429