Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 431

BREAST ABSCESS: THE BREASTFEEDING MANAGEMENT

Huishhh.. lama betul diorang nak proses discaj saya ni.. naik beku dah kat sini..

Bila kena breast abscess, doktor (kedua-dua doktor yang uruskan kes saya – doktor Thokha dan Dr Wan Adnan) mereka sependapat yang

1. Mereka perlu berikan saya ubat suppress susu kerana khuatir penghasilan susu semasa proses penyembuhan akan mengganggu/ melewatkan proses penyembuhan

2. Saya mungkin tidak dapat menyambung breastfeed anak yang sekarang kerana mereka hanya pernah suppress susu tetapi belum pernah patient mereka berjaya bf kembali selepas susu suppress.

3. Saya masih boleh bf untuk anak yang berikutnya.

Saya tidak membangkang apa pun pendapat mereka.

Saya percaya kedua2 doktor itu memikirkan yang terbaik untuk kesihatan saya.

Tetapi dalam masa yang sama saya juga mencari sumber nasihat alternatif.

Saya menghubungi Dr Ning Desiyanti yang juga merupakan ICBLC, lactation consultant untuk mendapatkan pendapatnya.

Hasil dari pendapat dan perbincangan berasingan saya dengan ketiga-tiga doktir tersebut (sila maklum yang Dr Ning tidak melihat keadaan fizikal saya, kami berhubung melalui Whatsapps), saya membuat keputusan:

1. Saya cuba memperlahankan penghasilan susu secara natural supaya saya tidak perlu menerima ubat suppress susu.

2. Memastikan luka abscess pulih dengan segera.

3. Selepas pulih barulah saya akan increase penghasilan susu semula.

Alhamdulillah, setakat ini progress berlaku seperti rancangan.

Doktor tidak berikan ubat suppress susu kerana penghasilan susu yang perlahan tidak mengganggu proses penyembuhan luka abscess.

In fact saya rasa kandungan anti bakteria dalam susu ibu sendiri banyak membantu proses healing luka tersebut.

Sejak dari hari operation pertama saya mengepam setiap 5 ke 6 jam sekali, 10 minit setiap sesi.

Susu dihasilkan untuk kedua-dua breast hanyalah 0.5 ke 1 oz sahaja.

Hari ini selepas operation kedua, saya mula mengepam setiap 4 jam dengan 15 minit setiap sesi.

Alhamdulillah baru masuk sesi ketiga, penghasilan susu sudah meningkat ke 2 oz untuk kedua-dua breast.

InsyaAllah, saya harap sebelum saya naik sekolah semula (dapat mc 1 minggu lagi), penghasilan susu dapat memenuhi keperluan Azmina dan bolehlah saya hentikan fresh cow milk tu utk dia.

Aaminnn..

Nanti saya share lagi ya..

Image may be NSFW.
Clik here to view.
image

Image may be NSFW.
Clik here to view.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 431

Trending Articles