Hampir 72 jam berpisah dengan Azmina, rindunya hati mommy tak usah terkata.
Oleh kerana saya akan berada di hospital sekurang-kurangnya 2 hari lagi, saya minta suami bawakan Azmina ke hospital hari ini.
Lamanya menunggu Azmina sampai.
Sebaik sampai, matanya memandang saya seperti tidak kenal.
Dia memeluk suami yang mendukungnya dengan kuat seakan tak mahu dilepaskan.
Apabila diletak di pangkuan saya, Azmina menolak saya dan menangis minta suami mengangkatnya kembali.
Aduhai.. baru 3 hari tidak berjumpa.
Bagaimana jika ditinggalkan seminggu atau sebulan?
Tak dapat saya bayangkan..
Hampir 10 minit memujuk dan memeluk Azmina yang meronta tidak mahukan saya.
Akhirnya guna senjata rahsia terhebat seorang ibu –> ♡♡♡ breastfeed!
Mulanya dia menolak tetapi masakan tidak mahu bertemu teman baik sejak lahirkan?!
Barulah dia bersedia menerima saya – mommy.
Tak pasti saya samada reaksinya yang menolak saya tadi disebabkan oleh
– tidak kenal @ sudah lupa
– tanda protes kerana saya meninggalkannya terlalu lama
Apapun, saya dapat juga 2 sesi penuh menyusukan Azmina.
Walaupun dia kerap membuat aksi akrobatik yang menekan kawasan wound operation dan juga hampir menarik iv saya.
Sabar sabar.. walau sakit tiada apa menghalang kasih ibu kan..
2 jam dapat bermesra dan Azmina perlu dihantar pulang.. huhu.. :'(
Harap mommy dapat pulang ke rumah dengan segera dalam keadaan sihat.
Aaminnn..