Ya Allah, hanya yang mengalaminya sahaja yang paham perasaan sembelit ni kot.
Malang sekali pregnancy kali ni, awal-awal lagi saya dah alami sembelit.
Ni belum makan iron lagi ni.
Masa belum tahu mengandung hari tu pun, saya dah start sembelit. Saya sangkakan disebabkan oleh puasa.
Saya kalau kurang air memang sembelit. Tapi puaslah minum air bagai nak rak.. sampai kencing setiap setengah jam.. air kencing pun dah jernih habis..
Tetap sembelit.. huhu..
So saya pun google lah.. Bagaimana nak atasi masalah sembelit waktu mengandung ni..
Hasilnya, katanya memang 3 daripada 4 wanita mengandung mengalami masalah sembelit ni.
Thanks atas hormon mengandung yang menyebabkan muscle kita termasuk usus menjadi lebih releks.
Yang bagusnya adalah zat-zat makanan diserap dengan lebih banyak dan lebih baik – sebab makanan mengambil masa yang panjang untuk melalui usus kan..
Yang tak bagusnya adalah sembelit.. huwaaaaa..
So, antara cadangannya adalah:
- Makan lebih banyak fiber
- Minum lebih banyak air
- Minum jus prun, air lemon suam
- Bersenam – jalan 30 minit sehari
Saya sedang berusaha untuk makan lebih banyak fiber.. buah kiwi, prun, craisin..
Saya juga minum lebih banyak air.. dah bergelas-gelas dah ni..
Jus prun sedang dicari tapi belum jumpa.. Jadi belasah lah lemon suam.. yukkk.. Masa nak kurus dulu, saya memang tak minum ni.. walaupun orang kata bleh kurus lah blah blah blah.. hehehe.. Tak sanggup..
Tapi la ni tak sanggup nak sembelit ni..
Bersenam ? Ok, raya kedua nanti kita akan mulakan aktiviti berjalan berjoging 30 minit kita..
Nanti saya update ya jika masalah sembelit ni dah dapat diatasi..
P.S.: Jalan terakhir adalah berbincang dengan doktor..