Saya googled.
Jika alami breast abscess, org pertama kita perlu jumpa adalah ob-gyn.
So, saya jumpa all time fav ob-gyn, dr thokha.
Sebaik sahaja doktor tengok dan cek, dia geleng kepala dan kata “This is not good!”.
O-ohhh..
Saya googled.
Ada dua cara yang biasa dilakukan.
1. Sedut keluar nanah menggunakan syringe. Cara ni lebih selamat untuk milk duct tetapi sesuai untuk nanah yang sedikit. Kebarangkalian untuk nanah itu kembali membiak juga tinggi.
2. Incision & drainage. Dipotong sedikit dan dikeringkan nanahnya.
Saya tanya doktor jika boleh disedut sahaja.
Saya tak tahu samada doktor memberi jawapan kerana yang kedua tu dah tentulah lebih mahal cajnya.
Tapi saya percaya doktor memberi jawapan berdasarkan apa pilihan terbaik untuk pesakitnya ketika itu. Dan saya percayakan doktor untuk merawat saya.
Doktor nasihatkan untuk buat i&d.
Potongan sepanjang nanah dibuat. Nanah dikeluarkan. Ubat dimasukkan ke dalam ruang kosong itu dan dibiarkan 24 jam.
Selepas yakin yang infection telah tiada barulah potongan itu akan dijahit.
4 ke 5 hari baru saya boleh pulang ke rumah.
Ubat berhenti susu akan diberikan bagi memberi peluang luka kering lebih cepat dan mengelakkan infection berulang.
Alhamdulillah, saya telahpun menjalani i&d semalam.
Sekejap sahaja.
Saya masuk ke ot pukul 9.35 pagi dan saya sedar saya sudah berada di luar pada pukul 10.15 pagi.
Hari yang sama.
Nanti saya sambung lagi ya…